PENGENALAN

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 adalah berhasrat untuk meningkatkan aktiviti penyelidikan dan inovasi, kemahiran dalam menjalankan penyelidikan, pembentangan kertas kerja, penulisan ilmiah, dan pembudayaan kreativiti dan inovasi.  Persidangan Kebangsaan Pendidikan Khas dan Pemulihan Kali Pertama 2017 merupakan forum yang akan membincangkan teori, idea dan hasil penyelidikan dalam bidang Pendidikan khas dan Pendidikan Pemulihan. Persidangan ini akan menghimpunkan pakar, penyelidik dan pengamal  dari seluruh Malaysia bagi membincangkan pelbagai isu dalam bidang Pendidikan Khas dan Pemulihan. Persidangan ini adalah anjuran bersama-sama Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman dan Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia. Semoga persidangan ini akan menjadi jambatan percambahan dan pemantapan ilmu khususnya dalam Pendidikan Khas dan Pendidikan Pemulihan.